Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis tahan Jamal

JAMAL ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan berhubung penularan gambar pamer senjata api dalam laman sosial. – Foto Yazit Razali

 

KUALA LUMPUR: Sengaja pamer senjata api dalam laman sosial menjadi punca Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan berhubung penularan gambar berkenaan.

Jamal, 47, ditahan di sebuah hospital swasta di Jalan Memanda, Ampang di sini, sekitar jam 1.15 petang oleh sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Kontinjen Selangor.

Tangkapan itu dibuat susulan satu laporan polis diterima pada 12 Mei lalu, oleh seorang ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kuala Langat.

Pengadu mendakwa melihat beberapa keping gambar menunjukkan Jamal menyelitkan senjata api di pinggangnya di tempat awam yang dipercayai bertujuan menakut-nakutkan orang ramai.

Dalam laporannya, pengadu meminta polis menyiasat perbuatan Jamal itu dan menarik lesen senjata api sebelum kejadian tidak diingini berlaku.

Sementara itu Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata , selain kes senjata api, terdapat beberapa lagi kes berkaitan Jamal yang sedang disiasat.

“Disamping itu, ada dua waran tangkap lain akan disempurnakan selepas Jamal selesai menjalani rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan kes Jamal dilakukan mengikut Seksyen 34, Akta Senjata Api 1960. –¬†Oleh Safeek Affendy Razali/BH Online

Komen


Berita Berkaitan