Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Tahan Empat Suspek Dadah Termasuk Warga Emas

TAWAU, 16 Julai : Polis merampas 3,870 gram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RN270,900 menerusi penahanan empat lelaki tempatan termasuk seorang warga emas dalam serbuan Op Bayu di kawasan Hotel Kingston di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata kesemua suspek berusia lingkungan 31 hingga 61 tahun itu ditahan kira-kira 10.30 malam dalam operasi yang digerakkan melibatkan tiga pegawai dan 11 anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Strike Team IPD di sini.

“Pemeriksaan badan terhadap suspek pertama berusia 61 tahun menemukan sekeping kad kunci bilik hotel dan daripada itu bilik hotel diperiksa dan menemukan sebuah beg plastik warna hitam di dalam almari, di dalam beg itu mengandungi empat bungkusan plastik teh China berjenama Guanyingwang dipercayai mengandungi dadah jenis syabu,”katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas dua kenderaan iaitu Toyota Land Cruiser dan Toyota Hilux dipercayai digunakan untuk pengedaran dadah.

“Polis turut membuat sitaan terhadap sebuah lagi kenderaan jenis Perodua Myvi daripada seorang suspek yang disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

Sementara itu, Fadil berkata kesemua suspek adalah negatif dadah namun suspek warga emas memiliki satu rekod kesalahan jenayah komersial dadah pada tahun lepas.

Katanya, kesemua suspek kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari mulai hari ini dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 jika disabit kesalahan yang boleh dijatuhi hukuman mati.

Beliau berkata, pihaknya kini agresif menyiasat dan mengekang aktiviti pengedaran dadah di Tawau.

–BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan