Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Tahan Empat Lelaki, Rampas Pistol Dan Peluru

gambar hiasan
gambar hiasan

KOTA KINABALU : Polis menahan empat lelaki berusia antara 16 hingga 25 tahun dan merampas sepucuk pistol bersama 39 butir peluru di Telipok, dekat sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata penahanan keempat-empat lelaki itu susulan penemuan sepucuk pistol jenis Colt 45 dan 39 butir peluru yang ditemui di dalam sebuah kereta yang ditinggalkan di tepi jalan di kawasan Skim Penempatan Telipok pada malam Khamis.

Chandra berkata pada 12.50 tengah malam Khamis sepasukan anggota polis yang meronda di sekitar Telipok cuba menahan sebuah kereta, namun pemandu kereta berkenaan bertindak melarikan kereta ke Skim Penempatan Telipok.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan