Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Tahan Empat Lelaki dan Seorang Wanita, Rampas Senapang Patah Buatan Sendiri Di Tawau

Tawau, 10 Oktober 2017 – Polis dari Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti IPD Tawau menahan empat orang lelaki serta seorang wanita dan merampas dua senapang buatan sendiri atau bakakuk berserta 7 butir peluru dalam serbuan di sebuah pondok papan di Kebun Kelapa Sawit kilometer 60, Jalan Tawau Kunak di sini, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Supritendan Nor Azizulkifli Bin Hj. Mansor berkata bertindak atas maklumat, pihaknya melakukan serbuan di salah sebuah pondok papan itu dan menahan empat lelaki dan seorang wanita berusia antara lingkungan 21 hingga 38 tahun di kawasan pondok berkenaan kira-kira 1.00 pagi.

” Serbuan itu dilakukan atas maklumat orang kampung yang tinggal di kawasan berkenaan, hasil pemeriksaan lanjut di pondok suspek, pihak Polis menemui dua laras bakakuk panjang berukuran 40 inci bersama 7 butir peluru hidup dan 3 paket plastik berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu,” katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut mendapati suspek seorang lelaki warga negara asing berumur lingkungan 32 tahun memiliki senjatapi tersebut itu tidak mempunyai lesen memiliki senjata api dan peluru. Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Tawau bagi tujuan siasatan lanjut.

Hasil saringan ujian air kencing mendapati empat suspek yang ditahan positif dadah jenis Methamphetamine.

Kesemua suspek itu ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960, Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kejayaan ini merupakan kesungguhan daripada PDRM IPD Tawau dalam membanteras jenayah secara agresif dalam mewujudkan ke Arah Tawau Sejahtera.

Sumber : Facebok Polis Daerah Tawau

Komen


Berita Berkaitan