Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Tahan Dua Suspek Pecah Rumah

7:54pm 28/03/2016 Pak Roshan 675 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

TAWAU : Dua suspek termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes pecah rumah di sekitar bandar ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata suspek lelaki yang berusia 29 tahun ditahan pada pukul 10.16 malam semalam di Taman Joying manakala suspek wanita berumur 45 tahun diberkas pada hari sama, pukul 11 malam, di tingkat tiga sebuah premis perniagaan di Jalan Tawau Lama.

“Suspek pertama bertindak agresif ketika polis mahu menahannya, dengan mengundurkan kenderaan pacuan empat rodanya lalu merempuh kenderaan lain di belakang sehingga polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan bagi menghentikan kenderaan suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya suspek lelaki yang bekerja sebagai penjual rokok dan warga tempatan itu, turut dikesan memiliki dua kesalahan lampau mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB).

Menurut Fadil, hasil pemeriksaan ke atas bilik suspek wanita, yang dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah di Taman Fook Onn, Jalan Chong Thien Vun pada pagi hari yang sama beliau diberkas, polis menjumpai beberapa barang termasuk jam tangan, gelang, rantai dan telefon bimbit dipercayai barang curi.

Katanya dengan tertangkapnya dua suspek berkenaan, pihaknya percaya beberapa kes pecah rumah di daerah itu berjaya diselesaikan.

Kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, katanya.

–BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan