Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Lahad Datu Tahan Dua Lelaki, Rampas Syabu Rm250,000

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

LAHAD DATU : Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah dipercayai syabu lebih dua kilogram bernilai kira-kira RM250,000 dalam serbuan di pusat bandar ini Jumaat lepas, kata Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad.

Beliau berkata suspek warga tempatan berumur 46 dan 47 tahun itu ditahan pukul 2 petang selepas polis menerima maklumat awam tentang aktiviti pengedaran dadah di sebuah kawasan tempat letak kereta di pusat bandar ini.

“Ketika dihampiri polis di kawasan berkenaan seorang daripada suspek cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan tidak jauh dari tempat berkenaan.

“Hasil pemeriksaan terhadap sebuah beg yang dibawa seorang daripada suspek, terdapat dua bungkusan disyaki dadah jenis syabu seberat lebih dua kilogram,”

katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, di sini hari ini.

Hamzah berkata kedua-dua suspek kini ditahan reman sembilan hari bermula semalam untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan