Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Tahan Dua Lelaki, Rampas 249 Gram Syabu Di Tawau

7:41pm 09/03/2016 Pak Roshan 2050 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

TAWAU : Polis menahan dua lelaki dan merampas dadah disyaki syabu seberat 249 gram dalam operasi di dua lokasi berasingan, di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata suspek pertama berusia 26 tahun ditahan di Jalan Mawar pada pukul 12.45 tengah hari Isnin lepas dan lima paket plastik dipercayai mengandungi dadah jenis syabu seberat 236 gram dirampas daripadanya.

“Lelaki ini kini ditahan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya suspek kedua berusia 22 tahun ditahan dalam serbuan kedua di sebuah rumah di Kg Batu 2, Jalan Apas, sekitar jam 4.30 petang hari sama selepas disyaki memiliki sembilan paket plastik dipercayai syabu seberat 13 gram.

“Semasa serbuan, lelaki itu cuba melarikan diri sehingga berlaku pergelutan dan menyebabkan seorang anggota polis mengalami kecederaan di kedua-dua tangan. Hasil pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan tidak memiliki dokumen (pengenalan diri),” katanya.

Fadil turut mengingatkan ibu bapa supaya mengambil langkah proaktif dalam memantau anak-anak remaja mereka agar tidak terjebak dengan gejala penyalahgunaan dadah.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan