Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Tahan Dua Lekaki Disyaki Miliki Syabu

syabu1

TAWAU : Polis Bahagian Narkotik Tawau menahan seorang lelaki kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 51.2 gram di Jalan Damai, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan hasil maklumat awam ke atas sebuah kereta yang berada di sebuah lorong di kawasan berkenaan kira-kira 12.30 tengah hari.

“Semasa anggota polis narkotik menghampiri, lelaki itu melarikan diri namun berjaya ditahan tidak jauh dari kawasan tersebut. Hasil pemeriksaan kenderaan itu menemui satu beg plastik warna merah berisi hablur disyaki syabu seberat 51.2 gram,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sementara itu dalam kes berasingan polis Bahagian Narkotik Kunak turut menahan seorang lelaki warga asing berusia 26 tahun kerana memiliki dadah jenissyabu seberat 51.2 gram di Jalan Kampung Kunak Jaya, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kunak Supt Ab Rashid Abdullah berkata, bertindak atas maklumat awam sepasukan polis diketuai Insp V. Khantan menahan suspek yang ketika itu sedang menunggang motosikal di kawasan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan terhadap lelaki itu pihak polis menemui satu paket plastik lut sinar dipercayai mengandungi dadah jenis syabu,” katanya.

Kedua-dua kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan