Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis tahan anak ancam bunuh ibu bapa

ancambunuh

 

MIRI –  Seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan polis hari ini tadi setelah bapanya melaporkan kepada pihak berkuasa tindakan anaknya mengancam untuk membunuh ibu bapa kandung sendiri petang semalam.

Ketua Polis Daerah Miri Gan Tian Kee ketika mengesahkan tangkapan itu berkata suspek telah ditahan pukul 11.20 pagi tadi di Pondok Kebun, Ladang South Wind di sini dan turut dirampas selaras senapang buatan sendiri dan lima peluru yang dipercayai digunakan untuk mengancam kedua-dua mangsa.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan berdasarkan maklumat daripada bapanya, anaknya sering bertindak agresif apabila mabuk,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Suspek yang dipercayai mabuk pada mulanya hanya bertengkar dengan ibu bapanya di sebuah kebun berhampiran sebuah rumah panjang dikenali Rumah Wing, Sungai Poh Suai Niah pukul 4 petang semalam.

Bagaimanapun setibanya di rumah suspek turut merosakkan barangan di dalam rumah serta mengancam hendak membakar rumah dan mengancam kedua orang tuanya menggunakan senapang buatan sendiri memaksa bapa mangsa yang berusia 58 tahun membuat laporan polis.

Pada 9 Julai lepas Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Muhammad Sabtu Osman dipetik berkata masalah kewujudan senjata api buatan sendiri di Sarawak kini membimbangkan pihak polis berdasarkan jumlah rampasan yang tinggi semasa Ops Cantas di negeri ini dengan kes tertinggi berlaku di Sibu dan Miri.

Komen


Berita Berkaitan