Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Tahan 20 Individu, Rampas Barang Judi Online Di Keningau

7:00pm 04/10/2016 Pak Roshan 854 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

KOTA KINABALU : Polis menahan 20 individu termasuk enam wanita dalam serbuan di sebuah premis judi komputer online di bangunan kedai lama pekan Keningau, Keningau, tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata dalam serbuan 12.10 tengah malam itu, polis turut merampas pelbagai barangan termasuk 16 set komputer, satu modem WiFi, satu broadband, 16 kerusi dan wang tunai RM1,090.

“Ketika serbuan dibuat, 13 lelaki berumur 24 hingga 51 tahun dan enam wanita berumur 20 hingga 49 tahun berada di dalam premis itu sedang bermain judi komputer online.

Turut ditahan seorang lelaki berumur 27 tahun dipercayai penjaga premis itu,” katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Salehhudin berkata kesemua individu warga tempatan itu ditahan reman hingga 8 Okt ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(B)(a) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 dan jika disabitkan kesalahan denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak lebih daripada RM100,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas dan penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun, katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan