Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,736

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Tahan 15 Pati Di Kampung Titingan

9:07am 09/09/2016 Pak Roshan 928 views Jenayah,Mutakhir

 

Foto : Unit Media IPD Tawau

Foto : Unit Media IPD Tawau

TAWAU : Polis menahan 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk enam perempuan dipercayai tidak memiliki dokumen pengenalan diri serta dokumen perjalanan meragukan di perkampungan atas air Kampung Titingan di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan berkata kesemua mereka yang berumur lingkungan 18 hingga 56 tahun itu ditahan dalam satu operasi bersepadu khas bersama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Katanya, operasi bermula 7.30 pagi itu turut berjaya menahan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan yang melarikan diri selepas terserempak dengan polis di kawasan Jalan Damai.

“Hasil pemeriksaan terhadap lelaki itu, polis menjumpai tiga paket plastik lutsinar mengandungi ketulan hablur dipercayai dadah jenis syabu di dalam sekotak rokok di poket seluarnya,” katanya hari ini.

Operasi yang berakhir 11.30 pagi itu turut disertai Majlis Perbandaran Tawau, Sabah Electricity Sdn Bhd dan Jabatan Tenaga Kerja.

Dalam pada itu, Fadil berkata operasi bersepadu itu merupakan antara pendekatan secara ‘Aggresive Policing’ oleh pihaknya yang bertujuan untuk meningkatkan rasa selamat dalam kalangan masyarakat sejajar usaha menjadikan Tawau sebagai daerah selamat, harmoni dan sejahtera.

— BERNAMA

Foto : Unit Media IPD Tawau

Foto : Unit Media IPD Tawau

Foto : Unit Media IPD Tawau

Foto : Unit Media IPD Tawau

Foto : Unit Media IPD Tawau

Foto : Unit Media IPD Tawau

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan