Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis sudah siap sedia

polisi

Jakarta: Polis Indonesia semalam meningkatkan tahap kesediaan mereka menjelang pengumuman keputusan perbicaraan membantah keputusan Pilihan Raya Presiden 2014 oleh Mahkamah Perlembagaan.

Ketua Polis, Jeneral Sutarman berkata, langkah itu diambil sebagai persiapan menghadapi kemungkinan kekacauan meletus. Dia berkata demikian di Istana Negara, Jakarta.

Menurutnya, persiapan menghadapi kemungkinan itu juga dilakukan di beberapa daerah selain Jakarta.

Bagaimanapun, arahan bersiap sedia di daerah lain terletak kepada ketua polis daerah masing-masing.

Mahkamah Perlembagaan dan Dewan Kerhormatan Penyelenggara Pilihan Raya dijadual mengumumkan keputusan perbicaraan dakwaan pelanggaran etika dalam Pilihan Raya Presiden 2014 esok.

Pengumuman keputusan akan dibuat pada hari yang sama dengan tujuan ia tidak mempengaruhi satu sama lain.

Polis Indonesia sebelum ini memberi amaran akan menembak perusuh jika mereka cuba merempuh masuk ke Mahkamah Perlembagaan dan Ibu Pejabat Komisi Pemilihan Umum (KPU) apabila keputusan diumumkan.

Kira-kira 2,500 anggota keselamatan akan mengawal bangunan itu esok. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan