Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis sita 23 kereta, sebuah motorsikal

Anggota polis membuat pemeriksaan terhadap beberapa pemandu kenderaan yang disita dalam Op Samseng Jalanan di sekitar bandaraya Kota Kinabalu.
Anggota polis membuat pemeriksaan terhadap beberapa pemandu kenderaan yang disita dalam Op Samseng Jalanan di sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU – Sebanyak 23 buah kereta dan sebuah motorsikal disita atas pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan oleh sepasukan polis di sekitar bandaraya ini malam tadi.

Semua kenderaan terbabit kemudian akan dirujuk kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Selain itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 23 tahun, selepas didapati memandu sebuah kenderaan jenis Proton Iswara secara merbahaya.

“Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” menurut kenyataan Polis Trafik di sini hari ini.

Op Samseng Jalanan yang bermula jam 11.30 malam Sabtu hingga 5.00 pagi Ahad itu diadakan di sekitar bandaraya Kota Kinabalu. Manakala, sekatan jalanraya dibuat di sepanjang Jalan Lintas bermula jam 1.50 hingga 3.00 pagi Ahad.

Seramai tujuh anggota termasuk seorang pegawai dari Polis Trafik Kota Kinabalu terlibat dalam operasi tersebut yang turut dibantu tiga anggota dan dua pegawai dari Ibupejabat Polis Kontinjen Sabah.

Dalam operasi tersebut sebanyak 25 buah kenderaan termasuk sebuah motorsikal menjalani pemeriksaan yang menyaksikan sebanyak sembilan keping saman Pol 257 dan Pol 170A dikeluarkan terhadap pemandu atas pelbagai kesalahan lalulintas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, aktiviti samseng di sekitar Kota Kinabalu kini srmakin berkurangan dan terkawal.

“Kawasan yang sering dijadikan tempat berkumpul oleh sekumpulan pemilik kenderaan yang diubahsuai juga telah dikenalpasti pihak polis,” katanya lagi.
Menurutnya, operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain akan diteruskan dari masa ke semasa.
Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan