Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Singapura Bekukan Dua Akaun Berkaitan 1MDB

1MDB

SINGAPURA – Polis Singapura membekukan dua akaun bank sebagai sebahagian daripada siasatan berkaitan syarikat pembangunan strategik 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang kini turut disiasat pihak berkuasa Malaysia.

“Pada 15 Julai, kami mengeluarkan arahan di bawah Kanun Tatacara Jenayah untuk menghalang sebarang urusan berkaitan wang dalam dua akaun berkenaan yang kini dalam siasatan,” kata polis Singapura dalam satu kenyataan hari ini.

Polis bagaimanapun tidak menamakan bank atau akaun berkenaan kerana masih dalam siasatan.

The Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini melaporkan siasatan pihak berkuasa terhadap 1MDB menjejaki dana sebanyak AS$700 juta didepositkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan laporan WSJ itu.

Najib sudah menafikan tuduhan itu dan menjelaskan dakwaan itu sebahagian kempen jahat untuk menjatuhkan Perdana Menteri. 1MDB juga nafi pindahkan dana kepada Najib. – Reuters

Komen


Berita Berkaitan