Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Siasat Wanita Buli Lelaki Tua Selepas Kemalangan – Khalid

siasa perempuan biadap

KUALA LUMPUR– Polis akan mengambil tindakan terhadap wanita yang didakwa membuli seorang lelaki warga emas dengan menggunakan batang kunci stereng seperti yang tersebar dalam laman sosial sejak semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata walaupun pihak polis tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu, namun pihaknya tetap akan mengambil tindakan setimpal terhadap wanita terbabit.

“Dia akan disiasat di bawah (kes) buli jalan raya. Saya pun baru tadi tengok rakaman itu. Garang sungguh dia.

“Jika berlaku kemalangan, laporlah kepada polis, biar polis siasat. Jangan ambil tindakan sendiri,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya Aidilfitri kepada warga polis di Bukit Aman di sini, Rabu.

Dalam rakaman berdurasi 2.33 minit itu, wanita berkenaan dikatakan mengamuk apabila menyedari keretanya jenis Peugeot 208 dilanggar oleh seorang warga emas dari arah belakang.

Wanita itu juga dikatakan mengetuk kereta lelaki berkenaan dengan menggunakan pengunci stereng serta mengeluarkan kata-kata kesat dan mendesaknya membayar ganti rugi sebanyak RM2,000.

Komen


Berita Berkaitan