Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis siasat pihak minta orang awam turunkan tandatangan

Mohamad Firdaus mengibarkan bendera sebagai tanda pelancaran kempen itu. - foto Kalawon Sawing
Mohamad Firdaus mengibarkan bendera sebagai tanda pelancaran kempen itu. – foto Kalawon Sawing

TENOM – Masyarakat digesa agar menolak permintaan mana-mana pihak yang meminta mereka menurunkan tandatangan tanpa usul periksa ekoran laporan kehadiran kumpulan Sabah Sarawak Keluar Malaysia SSKM ke daerah ini pada Januari lalu bagi mendapatkan  tandatangan orang awam kononnya untuk menyokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ketua Polis Daerah Deputi Superitendan, Mohamad Firdaus Abdulah menjelaskan usaha mendapatkan tandatangan itu kononnya untuk PBB adalah tidak benar sama sekali, sebaliknya ia disalahguna untuk kepentingan pihak terbabit.

“Kehadiran kumpulan SKMM itu turut mengundang ketidakselesaan dan menganggu ketenteraman orang awam terutamanya bagi para peniaga yang sedang menjalankan perniagaan harian,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan OP Selamat Peringkat Daerah Tenom di Kilometer Jalan Tenom-Keningau sempena Tahun Baharu Cina, di sini semalam.

Mohamad Firdaus berkata, walaupun tiada tangkapan dibuat setakat ini, namun perkara itu telah diajukan kepada Ibu Pejabat  Polis Kepayan di Kota Kinabalu dan usaha mengesan individu yang terlibat dalam kumpulan sedang giat diburu berdasarkan siasatan daripada beberapa individu yang telah menurunkan tandatangan serta gambar yang telah diambil oleh orang awam.

Katanya, kes ini disiasat mengikut Akta hasutan 1948 dan beliau meminta orang awam agar  melaporkan sekiranya perkara sedemikian berlaku lagi demikian demi keselamatan bersama.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu daerah itu yang terletak di kawasan pedalaman Sabah mencatatkan indeks jenayah dan kemalangan paling kurang dalam tempoh dua tahun lalu. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan