Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Siasat Kes Remaja Dipercayai Ditetak Di Tawau

maut-di-tetak

TAWAU : Polis Tawau sedang menyiasat laporan dakwaan seorang remaja lelaki yang cedera pada bahagian tulang belakang kanan badan dipercayai akibat ditetak dengan senjata tajam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau Supt Mustaffa Kamal Mustaffa berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira 10 malam tadi.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa berumur 13 tahun bersama lima rakannya berada di tangga sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Apas sebelum didatangi seorang suspek yang menaiki motosikal.

Beliau berkata suspek yang memakai penutup muka itu terus menuju ke arah mangsa dan bertindak menetak belakang mangsa menggunakan senjata dipercayai parang, katanya ketika dihubungi Bernama.

Mustaffa berkata, mangsa berjaya melarikan diri dan mendapatkan bantuan jiran untuk ke Hospital Tawau manakala suspek bertindak melarikan diri bersama rakannya menggunakan dua buah motosikal.

Orang ramai yang melihat kejadian berkenaan diminta tampil untuk membantu siasatan, katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan