Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,792

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis serbu rumah lelaki miliki 2 bakakuk

10:35am 04/03/2016 Pak Roshan 1044 views Jenayah,Mutakhir
DUA laras senapang buatan sendiri yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Apas, Tawau. - Foto : IPD Tawau

DUA laras senapang buatan sendiri yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Apas, Tawau. – Foto : IPD Tawau

 

ANTARA yang ditahan dalam serbuan tersebut. Foto :  IPD Tawau

ANTARA yang ditahan dalam serbuan tersebut. Foto : IPD Tawau

TAWAU: Polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 52 tahun, disyaki memiliki senapang patah buatan sendiri atau bakakuk dalam satu serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Apas, pagi kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi diketuai Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (KBPJKK) Tawau , Deputi Superintendan Jasmin Hussin, polis turut menemui 16 butir peluru dan 12 peluru penabur (bore) buatan sendiri dipercayai untuk kegunaan suspek.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata suspek mengakui dua laras bakakuk dan semua butir peluru itu adalah miliknya.

“Dia ditahan dan polis merampas dua laras bakakuk, termasuk peluru untuk siasatan mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Dalam kes berasingan, polis menahan tiga lelaki dan seorang perempuan atas kesalahan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Dua lelaki berumur lingkungan 20-an pula ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana positif dadah selepas saringan ujian air kencing dijalankan,” katanya. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan