Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Selesai 13 Kes Pecah Kereta Di Sandakan

curi kereta

SANDAKAN : Polis berjaya menyelesaikan 13 kes pecah kereta dengan tertangkapnya seorang penagih dadah di kawasan setinggan Kampung Forest dekat sini.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Mohd Zain berkata lelaki berusia 29 tahun itu adalah pemegang pas lawatan IMM13 dan ditahan selepas polis menyerbu sebuah rumah di kawasan setinggan itu pada Jumaat lepas.

Katanya 13 kes pecah kereta dilaporkan berlaku di sekitar Jalan Sim Sim Batu 1, kawasan Batu 4, Kompleks Sukan Sandakan dan Bandar Sandakan dalam tempoh sejak 23 Januari hingga 19 Mac lepas.

“Suspek memecah cermin kereta dan mencuri barangan berharga di dalam kereta mangsa,” katanya pada sidang akhbar di sini, pada Jumaat.

Menurutnya 13 kes dilaporkan terdiri pegadu lapan lelaki dan lima wanita.

Zabidi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Katanya sebanyak 86 barang curi diperoleh daripada lelaki itu antaranya dua keping kad pengenalan, 10 keping kad ATM pelbagai bank dan 22 keping kad memori.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan