Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis selamatkan lima wanita Filipina dipaksa jadi pelacur

bisayak

LABUAN: Nasib lima wanita Filipina yang dipaksa bekerja sebagai pelayan seks (diperdagangkan) bagi memuaskan pelanggan mereka di sebuah pusat hiburan di sini berjaya diselamatkan oleh polis, pada Selasa.

Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Adzhar Othman berkata kesemua wanita yang berumur antara 18 hingga 20 tahun itu telahpun dipaksa bekerja untuk memuaskan nafsu kepada pelanggan mereka sejak sebulan lalu.

“Hasil siasatan awal polis mendapati selain dipaksa melayan pelanggan mereka juga tidak pernah dibayar gaji, malah segala perbelanjaan mereka juga ditanggung sendiri serta dikurung dalam sebuah bilik dan hanya keluar apabila tiba masa mereka bekerja” katanya.

Adzhar berkata, bertindak atas maklumat dan risikan anggotanya, beliau telah mengarahkan sepasukan anggotanya yang diketuai oleh ASP Hasnan Abidin untuk membuat serbuan ke pusat hiburan tersebut dan berjaya menemui ke lima-lima wanita untuk diselamatkan.

Turut ditahan dalam serbuan itu ialah seorang lelaki keturunan cina yang dipercayai sebagai pengurus pusat hiburan berkenaan. Suspek direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.

Adzhar berkata, pihaknya juga telah mendapat maklumat awal kesemua mereka (mangsa) telah dibawa masuk oleh seorang agen dari Filipina yang dikenali sebagi Rona dan telahpun berjaya ditangkap oleh pihak berkuasa Filipina.

Sementara itu, semua mangsa akan ditempatkan di ‘Rumah Selamat’ di Kota Kinabalu.

Selain itu, polis juga katanya telah memohon kepada pihak makamah untuk mendapatkan perintah penyiasatan lanjut Interim Protection Order (IPO) selama 14 hari sekiranya terdapat unsur-unsur Pemerdagangan Manusia. Sementra itu, kes disiasat di bawah kesalahan Seksyen 13 ANTISOM (Anti Human Trafficking And Smuggling Of Imigrant) 2007.

Adzhar seterusnya berkata, tangkapan yang dilakukan pada malam kelmarin itu merupakan kejayaan terbesar pihaknya yang melibatkan kes pemerdagangan orang pada tahun ini.

Beliau turut menegaskan, pihak polis tidak akan teragak-agak untuk menangkap dan mendakwa mana-mana pengusaha pusat hiburan yang terlibat dalam aktiviti ‘Pemerdagangan Orang’.

Komen


Berita Berkaitan