Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Selamatkan 51 Mangsa Jenayah Pemerdagangan Manusia Di Melaka

dangamanusia

MELAKA: Unit Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran Bukit Aman menyelamatkan 51 wanita dipercayai mangsa jenayah pemerdagangan manusia dalam operasi di dua premis hiburan di Malim Jaya di sini.

Ketua operasi itu DSP Kamal Khan Mohd Shariff berkata kesemua mereka terdiri daripada 40 warga Vietnam, lima warga Thailand dan enam rakyat China berusia antara 16 hingga 34 tahun yang dijadikan pelayan pelanggan (GRO) di premis terbabit, Selasa malam.

“Kesemua mangsa akan ditempatkan di rumah perlindungan di Kempas, Johor sehingga proses siasatan (selesai) sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing,” katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata dalam operasi pada 11.30 malam tadi, polis turut menahan tujuh individu melibatkan dua lelaki dan seorang wanita tempatan, masing-masing seorang wanita Indonesia, China dan Vietnam serta seorang lelaki Bangladesh bagi membantu siasatan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Katanya polis turut merampas wang tunai berjumlah RM1,668 serta beberapa barangan termasuk amplifier dan mikrofon di premis hiburan terbabit.

Komen


Berita Berkaitan