Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,697

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis sedang menyiasat kesahihan ancaman pengait

8:16pm 04/11/2015 Ann Vivien 603 views Jenayah,Tempatan

polis cari

KENINGAU: Polis sedang mengenalpasti kesahihan maklumat mengenai khabar angin arahan perintah berkurung disebabkan oleh ancaman pengait (headhunters) yang menjadi viral di media sosial.

Ketua Polis Daerah Keningau DSP Douglas Nyenging Taong berkata, pihak polis belum dapat mengesahkan mengenai khabar angin tersebut dan masih dalam siasatan.

Menurut maklumat yang menjadi viral dimedia social seperti Whatsapp, satu arahan perintah berkurung telah dikuatkuasakan berikutan terdapat ancaman pengait yang sedang mencari mangsa bagi pembinaan jambatan Brunei Limbang-Temburong.

Viral tersebut juga mengatakan terdapat dua tubuh mayat kanak-kanak berumur dalam lingkungan 5 hingga 10 tahun yang telah ditemui tanpa kepala di daerah Belait dan dipercayai merupakan budak sekolah tadika di daerah tersebut kerana masih berpakaian seragam sekolah.

Orang ramai juga turut dinasihati untuk berhati-hati berikutan menurut khabar angin tersebut, jumlah kepala yang dikehendaki adalah 200 bagi Kuala Belait, 500 bagi Tutong, 600 bagi Temburong dan 800 bagi Bandar Seri Begawan. – Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan