Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis sedang berunding dengan penculik untuk bebaskan Zakiah Aleip

zakiah aleip

KOTA KINABALU: PDRM dengan kerjasama pihak berkuasa Filipina kini dalam proses perundingan dengan kumpulan penculik bagi membebaskan Konstabel Zakiah Aleip secepat mungkin.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, mengesahkan pihaknya ada menerima panggilan berhubung kes culik membabitkan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) itu yang dilarikan lapan lelaki bersenjata api di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai lalu.

“Kita tahu ada panggilan kepada isteri Zakiah dan ada juga panggilan kepada pegawai kita. Zakiah disahkan selamat dan perundingan sedang dibuat untuk membebaskannya,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Ops Selamat 5 peringkat Sabah, di sini, sebentar tadi.

Dalam kejadian jam 11.10 malam di Mabul Water Bungalow Resort itu, kumpulan bersenjata terbabit menembak mati Koperal Ab Rajah Jamuan sebelum melarikan Zakiah ke negara jiran.

Komen


Berita Berkaitan