Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Sarawak Selesai Kes Pembunuhan Bill Kayong

9:20pm 05/07/2016 Pak Roshan 1076 views Jenayah,Mutakhir

khalid-abu-bakar3

MIRI: Polis berjaya menyelesaikan kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong apabila senapang patah yang dipercayai digunakan untuk menembak mangsa ditemui di rumah salah seorang suspek di Jalan Hai Nam Lama di sini, hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor berkata suspek yang telah ditahan reman sebelum ini telah membawa pasukan penyiasat ke rumahnya pada pukul 5 petang dan menunjukkan tempat senjata itu disembunyikan.

Selain senapang patah, katanya, polis turut merampas beberapa kelongsong peluru termasuk yang telah digunakan untuk menembak mangsa.

“Susulan tangkapan suspek-suspek dan rampasan senapang patah, kita yakin kes pembunuhan Bill Kayong berjaya diselesaikan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata pasukan penyiasat khas kini masih lagi mengesan beberapa suspek yang masih bebas.

Pada 1 Julai lepas, enam suspek; lima lelaki dan seorang perempuan berusia 22 dan 41 tahun ditahan reman selama tujuh hari setelah mangsa ditembak mati individu tidak dikenali di persimpangan lampu isyarat Lutong pada 8.30 pagi, 21 Jun lepas.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam twitter mengucapkan tahniah kepada Polis Sarawak menyelesaikan pembunuhan Kayong.

“Bill Kayong’s case solved. Shooter arrested and murder weapon recovered (Kes Bill Kayong selesai. Penembak ditahan dan senjata yang digunakan untuk membunuh ditemukan),” katanya. -BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan