Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Saran Bank Di Labuan Tingkat Tahap Keselamatan Premis

bank

LABUAN– Pihak pengurusan bank di Wilayah Persekutuan Labuan perlu meningkatkan tahap keselamatan di premis masing-masing melalui pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), kata Timbalan Ketua Polis Daerah DSP Douglas Taong.

Katanya, pemasangan CCTV itu tidak seharusnya terhad di dalam kawasan bank tetapi perlu meliputi kawasan luar premis bagi memudahkan polis menjalankan penyiasatan apabila berlaku jenayah.

“Sekurang-kurangnya menerusi CCTV di luar premis secara tidak langsung dapat mengesan tindakan mencurigakan pihak tertentu dan mengumpul bukti dengan jelas dan berkesan,” katanya dalam majlis pertemuan bersama pihak pengurusan bank di Labuan, Jumaat.

Menurut Douglas, meskipun Labuan buat masa ini merekodkan sifar jenayah pecah premis bank, namun langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mencegah.

Katanya, pihak pengurusan bank perlu menitikberatkan soal kawalan keselamatan di kawasan premis masing-masing dengan menggaji pengawal keselamatan yang amanah dan berupaya bertindak pantas sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

“Pemilihan pengawal keselamatan yang terbaik dan berkualiti perlu menjadi elemen penting kepada pengurusan institusi kewangan kerana ia mampu meningkatkan tahap keselamatan kawasan premis,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan