Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Sandakan Rampas Pokok Ganja Ditanam Dalam Pasu

ganja

SANDAKAN – Polis merampas dua pokok ganja yang ditanam dalam pasu dari sebuah stor tidak bernombor di Jalan Sibuga Batu 5 dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Azhar Hamin berkata tiada tangkapan dilakukan ketika serbuan pada 1 tengah hari itu yang diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Sandakan ASP Kanthan Vivekhanantam.

Menurutnya anggota polis narkotik memecahkan pintu masuk ke stor itu selepas tiada kelibat sesiapa dilihat masuk ke stor tersebut sepanjang intipan dijalankan.

Beliau berkata dua pokok ganja itu masing-masing dengan ketinggian 1.52 meter iaitu pokok ganja dewasa dan 0.3 meter (anak pokok ganja).

Turut dirampas sebungkus plastik mengandungi daun kering disyaki ganja dengan anggaran berat lebih kurang 30 gram, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Azhar berkata dua lampu yang digunakan untuk pencahayaan pokok ganja berkenaan dan satu paket plastik yang berisi baja turut dirampas dari stor tersebut.

Katanya siasatan masih dijalankan termasuk mengesan suspek yang terlibat menanam pokok ganja itu dan pemilik stor tersebut serta kegunaannya untuk persendirian atau dijual.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan