Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

POLIS SANDAKAN RAMPAS 152 GRAM SYABU DALAM OPERASI DI KAWASAN SETINGGAN

sandaklan

SANDAKAN, 8 Jan : Polis di sini merampas 152 gram dadah jenis syabu selepas menahan seorang lelaki dalam operasi di kawasan setinggan Kampung Mangkalinau di Batu 3 dekat sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata lelaki yang ditahan itu adalah warga Filipina berusia lingkungan 30-an.

Katanya ketika cuba diperiksa dalam operasi kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, lelaki berkenaan cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan anggota polis dari cawangan Narkotik.

Lelaki terbabit kemudian menyerahkan beg plastik yang dipegangnya kepada anggota polis yang didapati mengandungi tiga plastik jernih mengandungi dadah jenis syabu dibalut dengan kertas karbon, katanya di sini hari ini.

Beliau berkata nilai pasaran dadah tersebut dianggarkan RM24,000. Menurutnya hasil ujian air kencing mendapati lelaki itu positif dadah dan dia ditahan reman untuk siasatan lanjut.– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan