Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Sandakan Rampas 1.05 Kg Syabu, Tahan Dua Lelaki

Foto IPD Sandakan

 

SANDAKAN – Polis merampas 1.05 kilogram syabu dengan nilai pasaran RM70,000 selepas menahan dua lelaki di Jalan Sukau dekat sini pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin berkata pada pukul 9 malam, sepasukan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Daerah Sandakan telah menjalankan intipan dan pemerhatian di kawasan itu.

Katanya semasa menjalankan pemerhatian pasukan itu telah terserempak dengan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux berwarna putih yang berada di tepi jalan berkenaan yang dinaiki dua lelaki.

Anggota polis bertindak menahan kenderaan tersebut bersama-sama kedua-dua lelaki terbabit dan menjumpai ketulan hablur disyaki dadah jenis syabu di dalam kenderaan itu, katanya dalam satu kenyataan di   sini, malam ini.

Mohd Azhar berkata hasil pemeriksaan air kencing ke atas kedua-dua lelaki yang berusia 17 dan 23 tahun yang berasal dari daerah Tawau itu mendapati kedua-duanya positif dadah jenis syabu.

Katanya kedua-dua lelaki itu disyaki pengedar dadah ditahan di bawah Seksyen 39B dan 15(1)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat sehingga tertangkap kedua-dua lelaki itu bersama rampasan syabu.

— BERNAMA

Foto IPD Sandakan

Komen


Berita Berkaitan