Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Sandakan Cari Keluarga Lelaki Yang Mayatnya Ditemui Di Bakau

3:08pm 27/05/2014 Pak Roshan 174 views Tempatan

pic-39

SANDAKAN: Polis Sandakan sedang mencari anggota keluarga lelaki lingkungan 30-an yang mayatnya ditemui di tepi bakau berhampiran Kampung Sungai Kayu Batu 7 dekat sini Sabtu lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Supt Fadzil Mohd Ali berkata mayat itu ditemui seorang remaja lelaki yang membuang air kecil di kawasan itu selepas bermain bola sepak di kawasan lapang berhampiran.

Beliau berkata sehingga hari ini belum ada keluarga yang datang untuk mengenal pasti atau menuntut mayat itu di Hospital Duchess Of Kent di sini.

“Polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini Isnin.

Fadzil meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga lelaki supaya tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan