Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

POLIS SABAH TUBUH PASUKAN KHAS TANGANI HASUTAN

polis sabah

KOTA KINABALU: Satu pasukan khas akan ditubuhkan oleh Polis Sabah dalam usaha untuk menangani hasutan dai ripada pihak tertentu yang mencadangkan agar Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata semua Ketua Polis Daerah (OCPD) akan disediakan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan keharmonian terus wujud di negeri ini.

Beliau berkata bahawa pemantauan melalui media sosial akan dilakukan sepanjang masa bagi memastikan keharmonian dan keselamatan rakyat Sabah terjamin.

“Pasukan khas ini akan melibatkan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia da kita akan mengenalpasti pemilik akaun laman sosial yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan”, katanya pada sidang media di sini hari ini.

Jalaludin juga berkata pihaknya telah menerima satu laporan polis pada Selasa berhubung kegiatan sekumpulan individu yang aktif menyampaikan hasutan untuk membawa Sabah keluar Malaysia yang menggelarkan diri mereka Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) menerusi laman sosial.

Berikutan itu, beliau menambah bahawa satu kertas siasatan teLah dibuka di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan beberapa orang saksi telah dipanggil untuk memberikan kenyataan.

“Saya juga menasihatkan agar (pihak) jangan meracuni pemikiran rakyat terutama golongan remaja kerana isu keselamatan dan ancaman boleh menggugat kestabilan ekonomi dan keharmonian negara,” katanya.

Beliau berkata Polis Sabah kini dalam proses untuk mengumpul maklumat, bukti dan fakta yang berkaitan dan mereka yang terlibat akan dihadapkan ke mula pengadilan.

Beliau juga menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara ini untuk tampil membantu pihak polis.

 

Komen


Berita Berkaitan