Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Sabah Tahan Lelaki Disyaki Lindungi PATI

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU : Seorang lelaki tempatan ditahan kerana disyaki menggaji warga asing tanpa pas yang sah serta melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sabah Datuk Salehhudin Abdul Rahman berkata lelaki berkenaan ditahan hasil serbuan ke atas sebuah premis di sebuah hotel dekat sini, pada 4.15 petang semalam.

Katanya, hasil pemeriksaan, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun yang dipercayai penjaga premis, 13 wanita warga asing dan seorang lelaki warga Filipina.

“Dua daripada warga asing tersebut mempunyai pasport dan 12 lagi tidak memiliki dokumen perjalanan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

Kesemua tahanan berusia antara 21 dan 59 tahun.

Katanya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 55(B) Akta Imigresen 1959/63 iaitu mengambil kerja seseorang yang tidak memiliki pas yang sah dan Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 iaitu melindungi PATI.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan