Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,787

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Sabah serbu kawasan penempatan PTI

6:55pm 24/10/2016 Pak Roshan 2772 views Jenayah,Mutakhir
warga asng yang bersembunyi di dalam semak berjaya ditangkap dalam Ops Bersepadu PTI.

warga asng yang bersembunyi di dalam semak berjaya ditangkap dalam Ops Bersepadu PTI.

KOTA KINABALU: Enam lokasi penempatan pendatang tanpa izin (PTI) yang diserbu dalam Ops Bersepadu PTI berjaya menahan seramai 30 warga Filipina berumur setahun hingga 70 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M. Chandra berkata daripada jumlah yang ditangkap itu, empat lelaki ditahan atas kesalahan dadah.

 Pihaknya menyiasat keempat- empat lelaki terbabit mengikut Seksyen 12 ( 2) ( a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Menurutnya 26 PTI lain yang ditangkap melibatkan 11 lelaki dan lima wanita serta 10 kanak-kanak.

Beliau berkata kawasan yang menjadi tumpuan operasi termasuklah Sembulan, Likas, Sepanggar, Taman Perindustrian Kota Kinabalu ( KKIP), dan Luyang.

“Operasi ini dijalankan selama tujuh jam bermula jam 1 hingga 8 pagi kelmarin dan kesemua tahanan dibawa ke lokap berpusat Kota Kinabalu.

“Proses dokumentasi kesemua tahanan dijalankan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan imigresen di Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Kota Kinabalu,” katanya di sini kelmarin.

Chandra berkata tumpuan lokasi operasi di kawasan yang berpotensi sebagai sarang penjenayah serta pengedaran dadah di sekitar Kota Kinabalu.

Pihaknya turut mengambil kira aduan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkenaan penyambungan bekalan elektrik secara haram yang berulang di kawasan setinggan berdekatan. – Utusan Borneo

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan