Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

POLIS SABAH KEKAL 30 LOKASI TUMPUAN OP SELAMAT

FW9A0641

KOTA KINABALU, 16 Feb : Sebanyak 30 ‘kawasan hitam’ di Sabah yang menjadi tumpuan dalam Op Selamat dikekalkan sempena perayaan Tahun Baru Cina ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata kawasan itu dikategorikan berisiko berdasarkan statistik kadar kemalangan, termasuk kemalangan maut di kawasan terbabit sepanjang tahun lepas.

“Tiga puluh ‘kawasan hitam’ itu, membabitkan empat jalan di Beluran, tiga jalan di Kota Kinabalu, tiga jalan di Labuan dan selebihnya masing-masing satu dan dua jalan diawasi di setiap daerah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran Op Selamat Keenam di sini, hari ini.

Op Selamat selama 15 hari itu turut disertai Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Persatuan Bulan Sabit Merah dan St John Ambulans.

Katanya, sebanyak 645 kemalangan maut membabitkan 13 kematian direkodkan di negeri itu sepanjang tempoh Op Selamat Tahun Baru Cina, lepas.

“Saya harap kemalangan sepanjang Op Selamat ini berkurangan memandangkan pada tahun 2013 sebanyak 647 kemalangan maut dicatatkan dengan 15 kematian tetapi pada tahun lalu terdapat pengurangan kemalangan serta kematian,” kata Jalaluddin.

Beliau berkata, menerusi Op Selamat itu kadar kemalangan jalanraya di Sabah dapat dikurangkan lagi berikutan statistik kemalangan di negeri ini antara yang tertinggi di Malaysia tahun lalu.

Dalam perkembangan sama, Jalaluddin sewaktu berucap di majlis itu mahu selain aspek keselamatan jalan raya ditumpukan, kadar jenayah terutamanya pecah rumah dan samun bank turut dapat dibendung dan dikurangkan ke tahap yang paling minimum sepanjang Op itu dilaksanakan.

“Rondaan pencegahan jenayah di taman perumahan akan terus dipertingkatkan, anggota balai dan kereta peronda serta unit rondaan bermotosikal akan bertindak memantau rumah dan premis yang ditinggalkan,” katanya. –BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan