Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

POLIS SABAH DAN WATSON METERAI MOU GUNA SAFECAM

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Sabah, Senior Asisten Komisioner Ahmad Fazillah Mohammed (tiga kanan) menyaksikan penyerahan memorandum persefahaman diantara Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji (tiga kiri) dengan Pengurus Operasi Jualan Watson, Vivian Loo (dua dari kanan) pada majlis menandatangani memorandum persefahaman Safecam diantara PDRM dan Watson di Kota Kinabalu. Gambar SNT/Ehsan IPD Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kontinjen Sabah hari ini memeterai memorandum persefahaman dengan syarikat penjagaan kesihatan Watson Sdn Bhd bagi penggunaan sistem pemantauan kamera keselamatan (safecam) sebagai usaha pencegahan jenayah.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sabah, Senior Asisten Komisioner Ahmad Fazillah Mohammed berkata, program Safecam ini adalah jalinan kerjasama pihak polis bersama syarikat swasta dalam mencegah kejadian jenayah di premis perniagaan masing-masing.

“Dengan adanya pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di premis, visual rakaman yang merekod kejadian semasa dapat membantu mempercepatkan proses siasatan pihak polis,” katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangan MoU antara Watson dengan ketua polis dari empat daerah.

Menurutnya hasil rakaman kejadian daripada kamera litar tertutup (CCTV) terbabit boleh disimpan dalam tempoh sekurang-kurangnya sebulan dan boleh dijadikan bahan bukti untuk dirujuk pihak pendakwaan di mahkamah.

“Selain dari itu juga penjenayah juga akan berfikir disaat akhir sebelum nekad untuk melakukan jenayah berikutan pemasangan kamera ini yang akan merakam kegiatan mereka,” katanya.

Memorandun persefahaman ini ditandatangani bersama oleh Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji, Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Haris Ibrahim, Ketua Polis Daerah Tuaran Dzulbaharin Ismail dan Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Umpit bersama Pengurus Operasi Jualan Watson Vivian Loo. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan