Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Sabah Belum Terima Sebarang Panggilan Daripada Penculik

7:45pm 03/04/2016 Pak Roshan 256 views Berita Pilihan,Isu Semasa,Mutakhir

Datuk-Abdul-Rashid-Harun

KOTA KINABALU : Polis Sabah belum menerima sebarang panggilan daripada kumpulan penculik yang menculik empat rakyat Malaysia di kawasan perairan Pulau Ligitan Jumaat lalu.

“Belum ada perkembangan,” kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp ketika ditanya mengenai situasi terkini kes itu hari ini.

Dalam kejadian 6.15 petang Jumaat lepas, empat rakyat Malaysia yang berasal dari Sarawak diculik sekumpulan lapan lelaki bersenjata ketika dalam pelayaran menggunakan kapal tunda dari Manila, Filipina ke Malaysia.

Empat rakyat Malaysia berkenaan ialah Wong Teck Kang, 31, Wong Hung Sing, 34, Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21.

Mereka adalah sebahagian daripada sembilan kru kapal tunda berkenaan namun lima kru lain yang terdiri daripada rakyat Indonesia dan Myanmar dilepaskan kumpulan penculik itu.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan