Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,706

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Ranau berjaya tangkap lelaki disyaki rogol gadis kurang upaya

11:55am 06/10/2016 Pak Roshan 3443 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

RANAU: Pihak Polis di daerah ini telah berjaya menangkap seorang lelaki warga tempatan kerana disyaki telah merogol seorang gadis kurang upaya berumur 19 tahun di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah yang mengesahkan kes itu memberitahu bahawa suspek mengenali mangsa melalui aplikasi sosial WhatsApp selama beberapa minggu.

“Kita menerima laporan daripada Balai Polis Daerah Papar mengatakan satu laporan telah dibuat oleh nenek mangsa yang mendakwa cucunya yang merupakan seorang OKU lembab dan mempunyai masalah pembelajaran telah dirogol.

“Dalam laporan terbabit juga mengatakan kejadian berlaku antara jam 10.00 malam hingga 12.00 tengah malam pada 29 September lalu di salah sebuah motel yang terletak di pekan Ranau.

“Nenek mangsa telah membuat laporan polis di IPD Papar dan menyatakan pada hari selepas kejadian berlaku, dia telah dimaklumkan oleh cucunya bahawa dia telah dibawa oleh seorang lelaki ke pekan Ranau tanpa kebenaran keluarganya.

“Setiba mereka di Ranau, pengadu memberitahu bahawa suspek dan mangsa menginap di motel di pekan Ranau di mana dia mengesyaki bahawa lelaki terbabit telah merogol mangsa.

Pegawai Penyiasat, Insp Mohd Hafiez bin Ramlan dalam siasat awalnya mendapati, mangsa merupakan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik dan merupakan pemegang kad OKU iaitu lembam (masalah pembelajaran). Menurut Farhan lagi, suspek telah ditahan reman selama tujuh hari dari tarikh 1 Oktober, dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan