Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Rampas Syabu, Seorang Lelaki Dan Dua Wanita Ditahan Di Beluran

7:16pm 16/08/2016 Pak Roshan 2373 views Jenayah,Mutakhir
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

BELURAN : Polis merampas syabu seberat 50.1 gram daripada seorang pemandu kereta sapu bersama dua wanita warga Filipina selepas menahan kereta yang dinaiki mereka di Kilometer 68 Jalan Nangoh-Paitan berhampiran Kampung Tagas-Tagas, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt Sivanathan Velautham berkata lelaki yang memandu kereta itu berusia 34 tahun, manakala dua wanita, seorang bekerja sebagai pembantu kedai berumur 24 tahun dan seorang lagi bekerja sendiri, 53 tahun.

Katanya kereta jenis Proton Iswara itu ditahan dan diperiksa menerusi Op Tapis Dadah pada pukul 4 pagi dan polis menemukan bungkusan mengandungi syabu di dalam beg tangan wanita berusia 24 tahun itu.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata anggaran harga dadah rampasan ialah RM8,000 dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk pengesahan.

Beliau berkata ujian awal air kencing juga menunjukkan lelaki dan dua wanita itu positif terlibat dadah.

Sivanathan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan