Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Rampas Senjata Tiruan, Pelbagai Barangan Salah

xczKOTA KINABALU – Polis Kota Kinabalu merampas senjata tiruan dan beberapa barangan lain yang menyalahi undang-undang daripada seorang lelaki di sini, semalam.

Ketua Polis Bandaraya, ACP M. Chandra berkata rampasan itu dilakukan semasa sepasukan polis menggeledah rumah suspek di sebuah kondominium di Inanam, dekat sini, kira-kira 7.10 malam berhubungan siasatan kes penipuan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Hasil pemeriksaan itu, polis menjumpai sepucuk pistol tiruan tertulis perkataan Glock 17 warna hitam berserta satu kelopak peluru, satu laras senjata tiruan tertulis HK (Heckler & Koch) warna hitam dan satu laras senjata tiruan tertulis perkataan CA G36K beserta dua kelopak peluru, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Turut dirampas satu baju kalis peluru celoreng hijau ala tentera, sehelai seluar panjang ala tentera warna hijau, baju lengan panjang ala tentera warna hijau, satu tali pinggang ala tentera warna hijau dan satu bekas berisi 480 biji palet plastik berwarna putih.

Polis menasihatkan orang ramai yang memiliki atau ada dalam jagaan mereka senjata tiruan supaya menyerahkannya ke balai polis berdekatan dengan segera, katanya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan