Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Rampas Pelbagai Jenis Rokok Bernilai RM44,100

rokok

SEMPORNA : Polis merampas pelbagai jenis rokok bernilai kira-kira RM44,100 yang dipercayai diseludup masuk ke daerah ini di KM46 Jalan Semporna-Tawau Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Semporna Supt Peter Umbuas berkata rokok berkenaan dirampas dalam sebuah van kira-kira pukul 7.30 malam.

“Pasukan peronda polis terserempak dengan sebuah van jenis Perodua Rusa yang dalam keadaan mencurigakan. Polis kemudian mengekori kenderaan berkenaan kira-kira lima kilometer sebelum memintas dan menahannya.

“Pemeriksaan terhadap kenderaan itu mendapati terdapat pelbagai jenis rokok yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM44,100,” katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Beliau berkata polis turut menahan dua lelaki untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan