Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Rampas Bakakuk, Tahan Enam Lelaki Di Sandakan

8:29am 15/12/2015 Pak Roshan 124 views Jenayah,Mutakhir
bakakuk

gambar hiasan

SANDAKAN : Polis menahan enam lelaki dan merampas satu senapang buatan sendiri atau bakakuk berserta empat peluru dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Cina Batu 12 dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Zabidi Mohd Zain berkata enam lelaki yang ditahan itu berusia antara 32 dan 49 tahun.

Katanya bertindak atas maklumat, sepasukan polis menyerbu rumah itu pada pukul 1.45 tengah hari dan semua suspek berada dalam rumah berkenaan.

Seorang daripada suspek cuba melarikan diri tetapi mengalami kecederaan di kaki sewaktu berbuat demikian menyebabkan dia berjaya ditahan, katanya di sini hari ini.

Menurut Zabidi, hasil pemeriksaan polis menjumpai bakakuk dan dua peluru penabur dalam rumah itu.

Katanya pemeriksaan ke atas kenderaan jenis pacuan empat roda di luar rumah itu turut menjumpai satu beg yang mengandungi kad pengenalan serta dua peluru penabur lagi.

Zabidi berkata kesemua lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan