Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Rampas Bakakuk, Lima Peluru Dari Dua Lelaki Di Tongod

11:00pm 08/01/2016 Pak Roshan 1523 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasan

KINABATANGAN : Polis menahan dua lelaki selepas merampas selaras senapang buatan sendiri atau bakakuk serta lima butir peluru hidup di sebuah rumah di Kampung Entilibon, Tongod, semalam.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A. Sahak Rahmat berkata turut dirampas daripada dua lelaki masing-masing berusia 25 dan 37 tahun itu ialah 0.6 gram dadah jenis syabu.

Katanya serbuan pada 8 malam di rumah lelaki berkenaan dilakukan hasil maklumat mengenai aktiviti pengedaran dadah.

Senapang yang telah dileraikan ditemui di dalam rumah itu manakala peluru dan syabu ditemui di dalam sebuah beg yang disandang salah seorang lelaki yang ditahan itu, katanya hari ini.

Menurutnya hasil ujian air kencing kedua-dua lelaki berkenaan mendapati mereka positif dadah syabu.

A. Sahak berkata mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan