Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis Rampas 55 Gram Syabu Di Tongod

syabu1

KINABATANGAN– Polis merampas 55.68 gram dadah dipercayai syabu dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Indonggo, Tongod hari ini.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A. Sahak Rahmat berkata dalam serbuan pada 2.30 pagi itu, polis menemui dadah itu dalam tujuh bungkusan.

Katanya berikutan itu, 15 orang di dalam rumah itu yang terdiri daripada tujuh lelaki, empat perempuan, tiga kanak-kanak dan seorang bayi berusia lima bulan dibawa ke Ibu Pejabat Polis di sini bagi membantu siasatan.

“Hasil ujian saringan dadah terhadap tujuh lelaki terbabit berusia 20 hingga 55 tahun, seorang daripada mereka yang berusia 34 tahun positif dadah jenis syabu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau berkata turut dirampas dalam serbuan itu wang tunai berjumlah RM4,629, sebuah kereta pacuan empat roda, 13 telefon bimbit, dua kunci kereta dan dua utas rantai emas.

Komen


Berita Berkaitan