Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,501

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Rampas 54 Gram Syabu, Tahan Pemandu Kereta Di Beluran

4:38pm 15/03/2017 Pak Roshan 1300 views Jenayah,Mutakhir

Gambar Hiasan

 BELURAN – Polis merampas 54 gram syabu selepas menahan seorang lelaki berusia 35 tahun di Hentian Bas Simpang Beluran, Kilometer 28 Jalan Beluran-Telupid, semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran, Supt Shivanathan Velautham berkata syabu tersebut ditemui dalam kereta dipandu lelaki itu yang ditahan ketika sekatan jalan raya oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik pada pukul 5 petang.

Katanya setelah disoal siasat, lelaki berkenaan mengakui ada membawa syabu yang diletakkan di ruang menyimpan barang tempat duduk hadapan.

Lelaki berkenaan mengambil sendiri syabu tersebut yang dibungkus dalam 12 paket plastik kecil dan menyerahkan kepada polis, katanya di sini hari ini.

Beliau berkata harga dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM5,000.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan lelaki berkenaan direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan