Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis rampas 200 kotak rokok

Douglas (tengah ) menunjukkan rokok haram yang dirampas. - foto Kalawon Sawing / SayangSabah
Douglas (tengah ) menunjukkan rokok haram yang dirampas. – foto Kalawon Sawing / SayangSabah

KENINGAU – Polis di sini berjaya merampas sebanyak 200 kotak rokok pelbagai jenama milik seorang lelaki warga asing berumur 34 tahun.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Douglas Nyeging Taong berkata, suspek ditahan semasa sedang memunggah rokok tersebut ke dalam sebuah motokar di sebuah kawasan pasar raya di pekan ini pada pukul 1.35 petang, semalam.

“Suspek ditahan reman sehingga 22 Julai ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) 1967 Akta Kastam.

“Manakala denda tidak kurang daripada 10 kali ganda jumlah harga duit kastam dan tidak lebih daripada 20 kali ganda jumlah duit kastam atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kepada pemberita di pejabatanya di sini hari ini. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan