Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis periksa mayat tanpa kepala

8:51am 28/04/2016 Pak Roshan 2320 views Global
SEDUTAN video disiarkan Abu Sayyaf menunjukkan Ridsdel (kanan) diacu parang di leher dan di sebelahnya Hall serta seorang wanita Filipina.

SEDUTAN video disiarkan Abu Sayyaf menunjukkan Ridsdel (kanan) diacu parang di leher dan di sebelahnya Hall serta seorang wanita Filipina.

Manila: Pakar forensik polis Filipina membuat pemeriksaan sama ada satu mayat lelaki tanpa kepala yang ditemui di Sulu ialah tebusan warga Kanada yang dipenggal militan Abu Sayyaf, kata pegawai semalam.

Mayat lelaki berkulit putih itu ditemui penduduk semalam di satu kawasan hutan berhampiran bandar Talipao di Sulu.

Militan Abu Sayyaf memenggal John Ridsdel, 68, pada Isnin lalu selepas tarikh akhir pembayaran wang tebusan untuk membebaskan lelaki itu tamat.

Kepala Ridsdel ditemui dalam satu beg plastik yang dicampak lelaki bermotosikal di bandar Jolo di Sulu beberapa jam selepas tarikh akhir pembayaran itu tamat.

Jurucakap tentera Filipina berkata, mayat berkenaan dibawa ke sebuah hospital di Sulu untuk pemeriksaan lanjut.

“Pakar forensik polis membuat pemeriksaan bagi menentukan sama ada mayat tanpa kepala itu Ridsdel atau bukan,” katanya.

Ridsdel diculik bersama seorang rakan senegara, Robert Hall seorang lelaki warga Norway dan seorang wanita tempatan di Pulau Samal pada September tahun lalu.

Kumpulan Abu Sayyaf menuntut wang tebusan AS$6.4 juta (RM25.11 juta) untuk setiap lelaki berkenaan.

Kira-kira 21 mangsa dari beberapa negara dipercayai masih dijadikan tebusan oleh militan Abu Sayyaf di kawasan hutan tebal di Sulu. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan