Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis perhebat operasi kesan bakakuk

DATUK Ramli Din (tengah) menyaksikan serah terima tugas antara Ketua Polis Daerah Kunak yang baharu, Superintendan Baharin Md Tahir (kiri) dengan pemangku Ketua Polis Daerah Kunak, Asisten Superintendan Wee Devets Tan, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak. – Foto Abdul Rahemang Taiming

 

KUNAK: Polis Sabah akan memperhebatkan operasi mengesan penggunaan senjata api haram buatan sendiri seperti bakakuk khususnya di kampung dan ladang di negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, berkata ini kerana risikan mendapati bakakuk masih aktif digunakan di kawasan terbabit.

“Oleh itu, risikan dan operasi untuk mengesan (pemilikan bakakuk) akan diteruskan secara agresif memandangkan senjata api haram ini yang menggunakan peluru biasa sehingga boleh menyebabkan kematian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Kunak di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak di sini, hari ini.

Superintendan Baharin Md Tahir, 53, dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kunak yang baharu, berkuat kuasa hari ini, bagi menggantikan Superintendan Mohd Nasarudin M Nasir akan bertugas sebagai pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam pada itu, Ramli mengarahkan semua ketua polis daerah di negeri untuk membuat operasi dadah termasuk serbuan dan tangkapan berkaitan aktiviti berkenaan.

Sementara itu, Ramli berkata, secara keseluruhannya statistik jenayah membabitkan daerah Kunak tidak banyak walau pun ada peningkatan kes curi dan pecah rumah yang mencatatkan 89 kes pada tahun ini berbanding 87 kes pada tahun lalu.

“Operasi pencegahan kes curi dan pecah rumah yang berkait rapat dengan kegiatan dadah akan dipergiat dari masa ke semasa,” katanya.

Terdahulu, Baharin yang sebelum ini bertugas sebagai pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri, berazam meneruskan pencapaian cemerlang IPD Kunak disamping mengurangkan kadar jenayah indeks di daerah Kunak. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan