Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,504

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Penampang Rampas Set Komputer Judi Bernilai Lebih RM55,000

7:52am 30/05/2014 Pak Roshan 55 views Tempatan

pic-56

KOTA KINABALU— Polis Penampang berjaya merampas 110 buah set komputer yang bernilai kira-kira RM55,600 dalam serbuan di premis perjudian sepanjang bulan Mei ini.

Ketua Polis Daerah Penampang DSP Ratan Kumar Singh berkata polis turut menahan tujuh individu termasuk penjaga dan pemain yang berada di premis itu.

“Daripada jumlah itu, empat orang adalah lelaki tempatan yang berumur antara 21 hingga 37 tahun dan selebihnya tiga wanita yang berumur 16 dan 40 tahun,” katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Ratan berkata polis turut merampas wang tunai sejumlah RM600.

Beliau berkata serbuan dijalankan di sekitar daerah Penampang berdasarkan hasil maklumat orang ramai dan risikan polis.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan