Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Polis Papar Cari 7 Individu Bantu Siasatan Kes Pergaduhan

9:37am 25/03/2016 Pak Roshan 3675 views Jenayah,Mutakhir

PDRM1-600x4041-600x404

KOTA KINABALU : Polis sedang mengesan tujuh individu bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di sebuah kedai menjual minuman keras dan di belakang restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) awal pagi tadi yang mengakibatkan seorang mengalami cedera parah.

Ketua Polis Daerah Papar DSP George Rakman berkata salah seorang individu yang disyaki terlibat dalam pergaduhan kira-kira jam 1.30 pagi itu, seorang lelaki tempatan berumur 32 tahun yang bekerja sebagai seorang peniaga, telah berjaya ditahan.

“Siasatan diteruskan untuk mengenal pasti tujuh lagi suspek yang masih bebas dan mengesan mereka untuk membantu sisatan. Pihak polis juga memohon orang awam yang menyaksikan kejadian ini untuk tampil membantu siasatan,” kata George dalam kenyataan di sini malam ini.

Menurut George pada hari kejadian, kira-kira jam 2.08 pagi, pihaknya menerima panggilan telefon dari seorang wanita yang enggan mendedahkan identitinya memaklumkan bahawa berlaku kemalangan jalan raya di belakang Restoran KFC Papar dan polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati terdapat lima kereta terlibat dalam kes kemalangan itu.

Bagaimanapun katanya, di tempat kejadian, pihak polis turut menjumpai seorang lelaki dikenali sebagai ‘Piun’ yang terbaring berlumuran darah dengan kesan kecederan di bahagian muka dan dagu dipercayai akibat senjata tajam.

Menurutnya siasatan awal mendapati pergaduhan yang bermula di kedai menjual minuman keras dan berlarutan hingga ke belakang Restoran KFC Papar berkenaan dipercayai berpunca daripada salah faham dan cabar mencabar ketika berada dalam keadaan mabuk.

–BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan