Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

POLIS PANTAU KEGIATAN ANAK-ANAK JALANAN PTI

pic-12
KOTA KINABALU: Sekumpulan kanak-kanak jalanan pendatang tanpa izin seringkali dilihat berpeleseran di kawasan deretan kedai Segama. Sebilangan mereka juga adakalanya dilihat menghidu gam.

Sehubungan dengan itu, polis bandaraya Kota Kinabalu akan terus memantau kegiatan anak-anak jalanan ini agar kehadiran mereka tidak akan mengganggu kesejahteran orang ramai khususnya pelancong.

Timbalan Ketua Polis Bandaraya Superitendan M.Chandra berkata polis bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam operasi bersepadu Ops Poket bagi memantau isu tersebut.

Chandra berkata demikian kepada pemberita pada program polis bersama pelanggan anjuran Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabaku di Segama pada Sabtu.

Beliau juga berkata pihak polis telah mewujudkan lima lokasi Ops Payung di sekitar ibu negeri bertujuan untuk memastikan ketenteraman orang awam dipertingkatkan

Komen


Berita Berkaitan