Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Polis P.Pinang tahan bookie bola sepak Piala Dunia

booki

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menahan seorang lelaki yang dipercayai `bookie’ perlawanan bola sepak Piala Dunia 2014 di sebuah kedai di Paya Terubung, dekat sini awal pagi ini.

Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) menyerbu kedai berkenaan dan menahan seorang lelaki berusia 48 tahun, pada pukul 2.45 pagi.

“Dalam serbuan itu, polis merampas wang tunai sebanyak RM1,990, sebuah mesin pengira, komputer riba, alat jalur lebar dan resit pendua yang dipercayai digunakan untuk aktiviti perjudian.

“Hasil siasatan awal kami mendapati lelaki itu menjadi `bookie’ bagi perlawanan bola sepak antara Brazil dan Crotia yang berlangsung awal pagi ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemakaian pangkat Inspektor ke pangkat ASP, di Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang, di sini hari ini.

Katanya lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata, pihaknya menubuhkan sebuah pasukan khas bagi memantau aktiviti perjudian bola sepak sepanjang berlangsung Piala Dunia 2014 yang bermula hari ini.

Katanya, pemantauan secara rapi dilakukan kerana menyedari perlawanan Piala Dunia mendapat perhatian ramai peminat bola sepak terutama kaki judi.

“Kami akan pantau secara rapi kerana selain `bookie’ mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan, aktiviti itu menyalahi undang-undang,” katanya.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung aktiviti perjudian bola sepak agar menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi menyalurkan maklumat. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan